Mula Kecil

Dalam gawat hidup zaman ini, apa yang boleh dilakukan? Baca berita di semua media pun begitu. TV atau media sosial, kita akan rasa lemas dan dunia terasa sangat kacau sekali.

Kita boleh menjadi Khalifah. Itu apa yang Tuhan mahu kita jadi. Suruhannya dalam kitab Al Quran. Walaupun nampak macam seruan sangat Islamik, tetapi mesejnya universal.

Ada tiga benda yang boleh kita buat, dalam kawalan tangan sendiri.
1. Usaha untuk diri sendiri jadi baik
2. Membantu orang lain untuk jadi baik
3. Usaha untuk alam sekitar bersih dan cantik.

Usaha jadi baik ini adalah semua perkara yang universal. Kalau buat orang suka. Contoh, kalau ada sampah tolong kutip dan buang ke tong. Lebih baik asingkan mengikut kategori senang untuk kitar semula. Bersifat lemah lembut dan suka senyum juga kategori untuk jadi baik. Hatta berfikir positif adalah usaha jadi baik juga.

Bantu orang jadi baik, bermaksud kita tidak boleh paksa orang. Kena jelas bahawa bantu ini bersifat pilihan, bukan mesti. Kalau orang nak buat baik sekalipun, pastikan atas kerelaan dan kefahaman mereka. Contoh, kita tidak boleh nak paksa orang lain untuk kitar semula. Yang boleh kita buat ialah tunjuk bagaimana kitar semula dilakukan. Kalau mereka bertanya, boleh jadi orang yang jelaskan perkara baik tentang kitar semula. Atau boleh jadi penganjur untuk kerja amal. Yang boleh dibuat adalah ajak bukan paksa. Jangan sampai mereka membuat keputusan dengan hati yang separuh. Separuh ikhlas separuh terpaksa.

Usaha untuk alam sekitar bersih dan cantik ini luas. Kitar semula adalah salah satu cara. Mula bercucuk tanam. Fikirkan apa yang ada adalah komoditi Tuhan yang tidak boleh dibazirkan. Contoh air yang dibuat untuk mencuci beras, boleh ditadah untuk disiram pokok. Jangan biar masuk dalam sinki terus-terusan. Membuat persekitaran bersih, semua ini perkara mudah yang boleh dilakukan.

Gawat memang sedang berlaku. Tetapi kawan pernah beri pendapat, yang penting sekali ialah kita menjadi diri. Kemudian, jadikan diri contoh untuk diikut orang terdekat seperti ahli keluarga. Lepas dari itu masyarakat setempat, kemudian masyarakat global.

Mula kecil. Yang penting mula.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah