Ceritakan Kebaikkan 2

"Tapi aku masih ada masalah nak ceritakan pasal kebaikkan. Aku masih ada rasa tak kena. Macam sedikit sebanyak pahala yang kau dapat itu akan terhakis. Sebab kau tak rahsiakannya dari pengetahuan orang." Itu hujah yang aku yakini.

Dia diam sejeda.

"Tiada salah kebaikkan yang kau buat sembunyi-bunyi, dan yang kau ceritakan. Kau boleh cek dalam Quran."

"Aku rasa kemudian-kemudian nanti aku semak."

"Zaman ini ialah zaman orang yang menang itu, orang yang bercerita. Sebab kita makhluk yang suka dengar cerita, suka tengok cerita, suka baca buku cerita. Malangnya, cerita yang baik itu tak ada banyak. Yang diulang itu cerita sampah. Sampai kita percaya, lepas tamat universiti boleh jadi CEO. Sampai anak muda kita berangan nak kahwin lelaki kaya walaupun perangai buruk. Semua ulang dalam drama, dalam novel pop, dan bila jumpa kawan-kawan benda yang sama juga jadi modal bersembang."

"Aku bukan main-main rasa bila cakap kebaikkan tu macam hilang lenyap, bila kau jaja cerita kat orang lain." Itu keyakinan yang aku ada.

"Sebab tujuan kau untuk jaja cerita. Kalau kau ubah dengan tujuan untuk ajak sekali orang buat baik, cara kau sampaikan akan berbeza. Kita nak ajak orang, kena faham juga cara psikologi manusia berfungsi. Memang manusia ini, kena ulang-ulang ajak baru terkesan. Kalau ajak cakap saja pun payah juga, tunjuk cara orang lebih nampak. Kau bayangkan kalau Nabi itu ajak orang kepada kebaikkan sekali je, macamana? Atau Baginda ajak sekadar seruan je, bukan perbuatan, macamana? Tak tunjuk how to, memang ke laut kita tak ada pedoman."

Tiba-tiba lagu pedoman Nora bergema pula kat dalam otak. Macam filem yang ada lagu latar.

Dia memang banyak modal. Tapi kali ini, belum sepenuhnya buat aku yakin.

"Masih juga aku rasa ada yang tak kena. Buat baik kena diamkan."

"Geram juga aku dengan kau ni kan!" Urat leher sedikit tegang. "So, terpulang."



Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang