Bila Ahli Syurga Kembali

Rata-rata kami mengenalinya dengan panggilan Abang. Abang dilahirkan istimewa, saya tidak pernah bertanya kelainan upaya Abang tapi dengan jelas Abang sewaktu kecil dilahirkan dengan down syndrome.

Ahad malam, Abang telah kembali kepada Pencipta. Dalam hati kami, tidak pernah syak bahawa tempat Abang di syurga, taman-taman yang Tuhan telah sediakan untuknya adalah tempat istirehat yang aman. Pergi Abang meninggalkan sedih banyak di hati kami, di usia Abang 40+ yang paling terkesan tentulah ibu yang melahirkannya.

Pagi ketika majlis siap disempurnakan sebelum di bawa ke tanah perkuburan, saudara mara terdekat diberi kesempatan untuk memberi kucupan terakhir. Mak Abang, Mak Ngah jelas sekali tidak berdaya. Tambahan, minggu yang lalu, kebanyakkan ahli keluarga dalam keadaan kurang sihat, demam yang tidak kebah-kebah dan kemudian diberitakan dengan pemergian Abang. 

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya pergi? 

Ketika kami melihat Abang, tidak pernah ada ragu bahawa Abang berada di tempat yang lebih baik. Tetapi meninggalkan keraguan, nasib kami yang melihat Abang. Tempat kami di mana?

Bila ahli syurga kembali, yang ditinggalkan kekosongan dan memori. Kenangan yang banyak tentulah membuat kami ketawa dan gembira, kerana Abang sangat pandai membuat kami gelak kuat dan terbahak-bahak.

Bila ahli syurga kembali, yang ditinggalkan adalah soalan-soalan, pada nasib diri, entah di mana tempatnya bila tiba masa, sedang janji Tuhan itu pasti.


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang