Hina

Semalam, kami berkampung di UIA untuk progam Kami Cinta Allah dan Rasul. Saya tidak pernah membayangkan bahawa kita ini memang benar-benar berasal dari sesuatu yang hina. Ketika Ustaz Kamalul Hysham membuat satu perumpamaan di mana kita berasal, beliau menyebut dari air mani.

"Jika ada setompok air mani di atas pentas ini, saya mengumumkan, siapa yang punya air mani ni, nescaya tidak ada siapa yang akan mengaku. Punya hina dan jijik kejadiannya, hingga tiada siapa pun yang mahu."

Saya di hujung dewan terkaku. Itu kenyataan paling tepat menggambarkan tentang kehinaan. Bahawa kejadian saya dari sesuatu secara materialnya hina, tetapi begitu Maha Besar Allah, Dia yang mengangkat kemuliaan makhluk apabila sempurna menjadi manusia.

Dengan ego mana kita mahu menongkat dada?

Allah, aku hina. 

Comments

Harith said…
Kata-kata ustaz itu banyak kali saya dengar dalam ceramah. Namun hati saya masih berpenyakit. T.T
ASaL said…
Harith

Jalan untuk terkesan itu banyak, carilah yang paling sesuai untuk kita.

Saya dulu juga tidak terkesan.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang