OK! Tak boleh tahan dah - 2

Baik saya tahu saya tidak mempunyai kelayakkan untuk memberi pandangan dari sudut agama, kerana tidak mempunyai sijil agama? Tetapi itu tidak menidakkan hak saya untuk menyayangi agama ini sepenuh hati, mempelajarinya secara bersungguh-sungguh melalui pembacaan, berdiskusi dan sekali-sekala berpeluang berjumpa langsung kepada mereka yang arif.

Masih mengenai jerebu, betapa perlunya kita menilai dengan lebih kritis isu ini.

Saya bersyukur malam semalam, dan petang tadi awan sudah mula mengeluarkan air hujan yang menyejukkan udara yang panas, dan menerangkan sedikit pemandangan yang berjerebu. Namun belum mencukupi untuk mengembalikan langit biru, dan ketenagan fikiran.

Yang saya pelajari bahawa agama adalah universal dan sangat sejalan dengan prinsip sains fizikal dan apa-apa pun sains yang wujud dalam dunia ini.

Yang adalah dalam bentuk hukum fizikal ialah kasualiti. Apakah dia kasualiti?
Ia adalah hukum sebab dan akibat.

Kenapa lapar (akibat) sebab kita tidak makan (sebab).
Kenapa kenyang (akibat) sebab kita baharu sahaja sarapan tadi (sebab).
Kenapa mengantuk (akibat) sebab keletihan kerana kerja keras dan bersungguh-sungguh (sebab).

Dan untuk menilai logik peristiwa jerebu dahsyat kali ini ialah juga mesti tertakluk dalam hukum fizikal yang ada.

Kenapa jerebu hitam buruk kali ini (akibat) adalah kerana berlakunya kebakaran secara massal di negara jiran (sebab).

Apakah penting untuk berbicara seperti ini? Ya terlalu penting kerana baharu kita dapat menilai letak masalah kita di mana, apakah punca yang menyebab berlaku pencemaran udara yang keterlaluan sehingga melibatkan region Asia Tenggara (berapa keluasan Asia Tenggara),  menentukan sikap dan bagaimana menangani masalah ini di masa hadapan.

Boleh sahaja kita bercakap perihal dosa yang mengakibatkan bala jerebu berlaku, tetapi dosa apa yang akan kita hadapkan ke muka pengadilan dan menyangkut hukum kasualiti yang ada?

Saya sedih dengan rakan seagama yang memperlekeh keupayaan golongan agamawan yang melibatkan hukum. Saya tidak rela dengan perlekehan begitu, tetapi pada masa yang sama saya melihat upaya agamawan kita memberikan kritik dengan lebih rasional, mengikut logika akal dan sains, dalam menimbang perkara menyangkut seperti isu jerebu ini.

Saya sedih kerana dalam FB ada rakan yang mengatakan bahawa ulama sunni yang paling pandai dalam bidang sains pun ialah Harun Yahya (Adnan Oktar). Itu pun HY gagal memberi solusi. Paling tinggi dalam perbincangan sains adalah untuk mengemukakan kembali hujah sains dari sumber (salin kembali) dan refute dengan teori Darwin.

Di sini saya rasa sinergi sangat penting. Kita tidak kalah dan punya bijak pandai dalam bidang sains meteorologi. Orang tempatan kita Dr Rem Dambul yang sudah pun menggegarkan kritik dalam Facebook. Maaf saya tidak dapat mengulang hujah Dr Rem di sini (boleh add Dr Rem di Facebook untuk mengetahui letak duduk isunya).

Secara ringkas, Dr. Rem membincangkan dengan begitu ilmiah sekali keadaan jerebu ini termasuk perbincangan tentang ketumpatan udara dan pergerakkan angin monsoon. Bagaimana keadaan jerebu ini sudah berlangsung 3 dekad (yang saya menyaksikan saban tahun selama 3 dekad) tanpa ada solusi yang mantap kerana ia berulang dan ulang dan ulang. Bagaimana hanya beberapa bandar utama sahaja yang begitu terkesan dengan jerebu buruk ini, dan ada bandaraya utama di Asia Tenggara yang terselamat dari mengalaminya. Hairan kan?

Saya bukan nak jadi juara pun dalam hal alam sekitar. Untuk recycle barang-barang pun saya baru bermula, untuk menanam sayuran sendiri pun baru bermula, segala-galanya baru. Tetapi kalau kita sebagai manusia biasa tidak terasa jerebu kali ini? Something wrong lah kan. Lainlah kalau you all tidak berada di Malaysia dan Asia Tenggara. Yang makan cili rasa pedas, yang dok dalam jerebu bernafas dalam asap! Kita ini diibaratkan sebagai tikus makmal dalam kebuk asap, saya tak tahulah apa nak kata lagi. Kata Wardina ada sahaja orang yang melihat langit sentiasa biru, walau hakikatnya langit kita sudah berminggu kelabu.

Kata orang bendanya kecil sahaja. Datang hujan, datang angin, redalah semuanya. Tidak ini bukan soal kecil. Soal kemanusiaan dan kebinatangan (I mean alam sekitar) tidak pernah kecil. Kalau benar kita sayang Nabi, kalau benar kita hargai diri sebagai khalifah Allah.

Alim ulama dan cendiakawan kita yang tidak kalah dalam sudut pemerhatian mereka dalam sains dan teknologi mesti duduk semeja dan berbincang. Supaya hujah agama pun akan menyangkut logika sains. Menyangkut hukum fizikal kasualiti yang ada, baharu kita tidak menjadi bahan.

Sinergi, sinergi itu perlu ada. Cendiakawan dan agamawan. Kita bersalah kerana dosa dan Allah turunkan bala itu juga hukum kasualiti. Tetapi kita harus mencari pendosa yang sebenar untuk kita offer mereka jalan taubat dan pengampunan. Dalam hal ini, para pendosa yang tidak rasa bersalah merosakkan dan merosotkan kesihatan manusia ialah kapitalis yang mahu mengambil untung secara mudah dan murah.

Apa kesan yang mereka telah buat pada kita? Semua sekali, tidak boleh bersekolah, tidak boleh bekerja, tidak boleh berekreasi, tidak boleh bernafas dengan sempurna, kesihatan merosot, manusia dalam keadaan marah-marah. Siapa tahu kesan apa lagi yang akan diterima kita di masa akan datang. Khabarnya partikel debu ini begitu halus sehingga boleh masuk ke lubang hidup walaupun hidung kita mempunyai penapis tercanggih yang Allah jadikan.

Adakah saya merapu meraban? Khabarnya Presiden negara seberang sudah memohon maaf. Maksudnya isu ini memang real ada, jika tidak ada masakan perlu meminta maaf. Maaf bukan sekadar sebutan. Maaf itu ikhlasnya dengan dizahirkan dengan tindakan.

Kenapa perlu takut dengan sains. Kata orang bukan semua benda pun perlu justifikasi sains. Common, pendahulu sains adalah sarjana Islam sendiri, suatu masa dahulu. Yang menemui graviti adalah sarjana Islam di tahun 900M bukan Newton! Yang menjadi penyalin adalah orang Barat masa kini. Dan kerana kita telah terbelakang dalam serba sendiri, sehingga membiar orang lain yang menjadi peletak hukum, itu yang menyebabkan kita tidak mampu bergerak dan terkepung di suatu sudut tanpa dapat melakukan tindakan bermakna. 

Bukan setakat tindakan, hujah bermakna pun tidak mampu kita resolusikan.

Dr. Rem memberi solusi keluar dengan memanggil mereka yang membuat kerosakkan ini ke muka pengadilan. Mereka pembuat salah dalam soal jerebu ini, maka seadil dan selogiknya mereka yang perlu dikenakan hukum. Jerebu yang melanda Asia Tenggara kali ini adalah yang mereka panggil sebagai the Brown Shit of South East Asia. Shit? Besar sangkutannya itu. Dan kalau kita masih rasa tidak dinajiskan, entah apa lagi perlu dikata.


(I don't know about you, but excuse me, I do MIND! celakak ini ber'wang')

Saya pernah berada di Singapura. Langit di sana memang biru sempurna. Saya juga pernah ke Langkawi, langit di situ juga biru bersih yang menawan. Saya rindukan biru langit saya, rindu. Saya rindukan untuk berada di luar dan menikmati alam dengan perasan selamat. Saya rindukan kesihatan diri dan kesihatan alam sekitar.

Semoga tahun depan tidak berlaku lagi kejadian keji seperti ini. 

Wallahu a'alam, saya mohon maaf atas salah silap dan terbuka dengan teguran dan kritikan.


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang