Berdosa ke Tanah Suci

Berdosa ke Tanah Suci. Bagaimana anda membacanya (memahaminya)?

#1 kau gila ke, takkan pergi ke Tanah Suci berdosa?
#2 orang yang berdosa pergi ke Tanah Suci

Hakikatnya di dunia ini adalah bagaimana kita perceive (menerima) tentang sesuatu perkara. Antara dua kenyataan di atas, anda yang mana satu?

Yang saya maksudkan adalah #2. Tentang pendosa yang pergi ke tanah suci, semuanya untuk mencari-cari, banyak benda yang dicari dan saya pasti salah satunya adalah pengampunan.

Sekembalinya dari Haji pada tahun 2011 yang lalu saya mendatangi seorang kawan atas beberapa urusan penting. Perbualan kami menjadi melarat-larat sehinggalah wajahnya berubah dengan sejuta penyesalan. Dia seorang lelaki yang saya tidak tahu banyak pun tentangnya, kecuali dari cakap-cakap orang. Sudah tentu saya sendiri tidak mahu mendengar segala cakap orang, tetapi apabila berada dalam tempat kerja, kadang-kadang kita tidak dapat mengelak.

Kata dia, "aku takut Asal untuk ke tanah suci sebab dosa aku banyak." Sepanjang masa wajahnya tunduk, dan riak mukanya mencuka. Saya kesani ada aura penyesalan yang banyak dalam bilik dia yang cantik berhias.

"Kau ingat aku pergi tu, aku bersih dari dosa ke?"

"Aku banyak dosa Asal. Kau tak tahu tentang itu."

Hati kadang-kadang tidak pernah boleh kontrol pun. Fikiran saya mula menerawang kepada cakap-cakap orang yang saya tidak mahu dengar tetapi sampai juga ke telinga. Cerita tentang dia bukan hal yang baik-baik. Saya jadi takut di situ kalau-kalau dia membuat pengakuan (saya bukan pope tidak layak mendengar pengakuan tentang dosa). 

Dengan wajah keruh masam itu, dia mengulang-ulang tentang penyesalan, ketakutan, ancaman tentang pembalasan yang boleh diterima secara tunai di tanah Makkah dan Madinah. Tentang dia yang sudah berubah, dan mencuba untuk memulakan hidup serba baru. Yang lebih tulus, bersih, dan mengikut landasan.

Saya memandang dia tepat. "Aku tidak tahu tentang orang lain, tetapi yang aku tahu tentang diri aku sendiri. Kau nampak aku seperti orang baik, hakikatnya hanya Allah yang tahu aku siapa, kita siapa. Once we decide untuk pergi Umrah atau Makkah, hakikatnya kita menyerahkan seluruh batang tubuh jiwa dan raga, di bawah kekuasaanNya. Samada orang tahu dosa kita atau tidak, yang pasti Allah telah tahu apa pun yang kita lakukan dari dulu sampai sekarang, malah yang di masa-masa depan. Kenapa perlu takut kepada Dia yang telah tahu segalaNya?"

Hakikatnya, saya sendiri takut. Semua manusia yang punya sedikit kepercayaan dalam hati akan takut. Tentang dosa, pembalasan dan bayaran tunai. Siapa yang cukup berani untuk menyerahkan batang leher dan tubuhnya untuk diadili? Siapa yang cukup berani kerana pembalasan itu kita tidak tahu dalam bentuk apa, samada kita akan balik dengan batang tubuh sempurna, atau tidak kembali langsung.

Allah seperti mana sangkaan kita. Itu yang saya percaya. Dengan takut separuh mati itulah saya melangkah menyerah diri di tanah suciNya dengan sangkaan Dia Maha Pengampun, Maha Pemberi Taubat. 

Kerana saya tidak mempunyai jalan keluar yang lain, kecuali meminta pengampunan, meminta belas ikhsan, meminta dikasihani. 

Siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan? Besar mana pun dosa kita, Allah lebih dulu melebarkan sayap pengampunanNya meski kita belum mengangkat tangan berdoa. Bila sudah terdetik dalam hati dengan seribu penyesalan, kita sudah diterimaNya.

Saya memandang kawan dan menyampaikan pesan, "Dia sudah lama tahu apa yang kita lakukan. Tidak ada yang tidak tercatat dalam pembendaharaan pengetahuanNya. Soalnya, adakah kita cukup berani mengakui di hadapanNya dan merendahkan diri sehina-hinanya untuk memohon ampun?"

"Sedarlah hakikat diri yang kita ini hanyalah hamba, dengan itu kita akan dapati segalanya mudah."


Comments

ieka said…
Jadi, dia pergi Umrah?
ASaL said…
Masih belum, dan bila berjumpa dia tidak lagi mengulangi tentang kekesalan dan keinginan mahu pergi Umrah.
ieka said…
As kasilah pamplet syarikat2 yg tawarkan umrah. Moga2 terbuka hatinya untuk menjadi lebih baik.
ASaL said…
Ya kan, cara apa lagi yang boleh kita kongsikan. Berkongsi pamphalet dan link pakej Umrah paling mudah.

Cumanya dia orang yang sangat sensitif, jadi salah gaya boleh jadi benda lain pula.
ieka said…
sekadar pendapat.. hanya perlu buat sekali lalu. macam kata 'bestlah sapa pergi umrah bulan awal2 ni. mekah madinah sejuk lagi.' atau sekadar hulur pamplet dan katakan 'nah, kalau berminat', senyum dan pergi sahaja.

atau boleh sahaja selitkan pamplet umrah bawah pintu tanpa dia tahu siapa yg buat. hihi sekadar cadangan

actually betullah As ckp tu, Allah macam apa kita sangka. Kalau kita sudah ada rasa takut dgn dosa, sudah ada unsur taubat. cuma org selalu cerita yg buruk2 utk mereka yg dikategorikan so-called 'pendosa'. tapi org tak cerita this so-called 'pendosa' bila mereka mendapat rahmat Allah selepas so-called 'kecelakaan atas pembalasan', mereka ada rasa gembira dan bahagia.. rasa tenang dan bebas dari dosa. rasa dilahirkan semula. post-event tidak pernah diberitahu.

Allahu'alam.
ASaL said…
salam

thanks Eika, really never thought about it seriously. The post event scenario things.

Kan?

Patut kita diceritakan mengenai hal ini lebih lagi, itu tanda rahmatNya yang Maha Meluas.

Kalau orang boleh faham, battle akan jadi berikut; kesanggupan merendahkan ego - mengaku berdosa - menunggu 'so called' pembalasan - nikmat yang tidak terungkap selepas itu.

Menarik! You as always, enlighting.
ieka said…
i think better when brainstorm with you hiihihi
ASaL said…
Should we put it in real project? A book maybe ;)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang