Keadilan dan Kesetaraan


Saya mencari keadilan di tiga negeri, Ahad lalu. Dari Port Dickson, Negeri Sembilan - Kuala Lumpur - Pahang. Tetapi tidak berjumpa.

Di Port Dickson saya ditempatkan di Avillion Admiral Cove, tempat berlabuhnya kapal-kapal mewah. Mungkin sebahagian besarnya bukan milik rakyat tempatan. Tetapi pelancong luar yang berjalan-jalan melalui pengangkutan laut. Berapa harga parking untuk satu hari? Jangan tanya, kerana sama seperti awak juga, cuma mampu memandang. Menghargai keindahan kapal dengan kejuruteraan tahap tinggi, keseimbangan, estitika dan berangan menjadi pelaut. Merentas samudera seperti pengembara hebat, Marco Polo dan Ibn Batutah.  

Tetapi saya tahu, ia hanya mimpi jika saya membayangkan penghuni-penghuni kapal ada membicarakan tentang keadilan. Apatah lagi kesetaraan.

Orang-orang mewah yang memegang kuasa, adakah mereka ada fikir tentang keadilan? Adakah mereka juga dizalimi dan ditindas?


Tengahari saya sudah bergerak ke KL. Berkira-kira agar dapat turut serta dalam Forum Islam: Keadilan dan Kesetaraan. Dari Port Dickson jam 12.40 tengahari, rupanya pemandu saya sangat cekap. Sehingga boleh sampai di daerah Bangi jam 1.20 pm. Saya meminta ihsan supaya dapat dihantar ke KL Sentral, tapi oleh kerana pemandu bukan orang KL, saya sesat barat di Jalan Imbi. Ambil keputusan untuk turun, naik monorel ke KL Sentral. Naik teksi menuju muzium Kesenian Islam.

Kata pemandu teksi, muzium tersebut dekat sahaja. Hanya di belakang bangunan stesen keretapi Kuala Lumpur. Tetapi oleh kerana jalan KL yang selalu jem, kami perlu membuat pusingan U sebelum sampai. Kata pemandu, kadangkala kami perlu membayar lebih untuk minyak kerana jalan yang ditutup.

Mujur forum hanya bermula jam 2.30 pm. Itu pun semput mendaki bukit untuk sampai ke auditorium. Pusingan pertama hampa, pusingan kedua juga hampa. Panel bukan calang-calang orang. Mereka mempunyai kelayakkan dalam bidang theologi dan sosiologi. Mempunyai authoriti untuk bersuara. Tetapi apa yang saya cari ketika berjuang untuk hadir ke forum ini, saya tidak jumpa.

Saya datang dengan menyakini bahawa Islam adalah agama keadilan. Islam dapat menawarkan erti adil dari sudut teoris dan juga praktikal. Saya datang dengan percaya dalam dada slogan "rahmatan lil alamin", Islam agama rahmat untuk sekelian alam. Bukan setakat manusia Islam, yang bukan Islam, yang tiada agama. Bukan sekadar manusia,  jin, juga haiwan, alam tumbuh-tumbuhan malah lebih jauh dari itu untuk aturan kosmos. 

Itu saya percaya dalam dada.
  
Seorang panel mencadangkan satu idea bahawa adil dalam teori ada. Diperbincang secara panjang lebar. Diperhalusi dan diperincikan. Tetapi tuntas menyebut untuk aplikasi dalam kehidupan hari-hari belum tentu boleh berlaku.

Aneh. Kami tidak jumpa titik temu tentang keadilan dan kesetaraan dalam Islam. Tidak jumpa titik temu untuk teoris dan pragmatis.

Saya balik ke Pahang dalam dada tidak percaya, Islam yang saya percaya penyelesai masalah untuk segalanya sepertinya tidak menawarkan apa-apa.

Tetapi saya mempercayai, tawaran dari seorang panel forum, kayu ukurnya ada. Apa pun kita lakukan, kayu ukurnya ialah ketaqwaan. Itu nilaian paling adil tiada tawar menawar yang digariskan dalam Al Quran.

Tentang ras, kemewahan, rupa, suara yang lunak tiada nilainya di sisi Allah, kecuali taqwa. Tetapi perlu diingat dengan ras, kemewahan, rupa, suara perlu digunakan semaksima untuk mencapai taqwa.

Saya harap nanti boleh hadir ke konsert Sami Yusuf. Sami Yusuf yang handsome, kaya, suara lunak, genius muzik, dari ras yang baik-baik tetapi tetap bila mengingat beliau dan lagu-lagu hanya membawa satu. Cinta pada Allah dan RasulNya.   

Comments

Cikli said…
pemegang kuasa setiap saat berfikir pasal keADiLan. bagaimana mahu melenyapkannya sungguh-sungguh.
Anonymous said…
haha. Sungguh bagus, fikir adil setiap hari.
ieka said…
Cik As,
Istilah 'adil hanya pada teori' itu mungkin boleh dikaitkan dengan 'iman' dan 'percaya'. Sebab 'adil' itu tak boleh dilihat, cuma boleh dirasa oleh orang yang berada di dalam situasi itu. Nak buktikan tidak tahu bagaimana. Jadi hanya boleh percaya, dan iman pula sebagai benchmark ..

Macam kata awak.. "Apa pun kita lakukan, kayu ukurnya ialah ketaqwaan".

Betullah, alQuran dan asSunnah itu sebaik2nya tempat rujukan..

Cumanya dalam Islam setiap satu perkara itu berkait2 dengan perkara lain yang terangkum menjadi satu. Dan kalau kita hanya melihat satu sudut atau satu perenggan sahaja, tidaklah kita faham.. Allahualam.
ASaL said…
Bandingkan ini.

Adil difahami dengan makna dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Sewaktu penggulungan hujah, seorang panel menutup dengan, "Imam Ali mengatakan, bahawa aku akan menghukumkan orang Islam dengan Al Quran, orang Yahudi dengan Taurat dan orang Nasrani dengan Injeel."

Teori dan praktik boleh berlaku tetapi bersyarat, Islam perlu dilihat sebagai agama yang menawarkan penyelesaian untuk semua. Untuk itu Islam perlu dinamik dan progresif.

Wallahu a'lam.

Kata orang jika Nabi boleh kembali, baginda akan menyelesaikan masalah dunia hari ini, sebelum masuk waktu Zohor.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah