siri Beijing: The Art of War

Siapa yang menulis the art of war, dan siapa pula yang membacanya?

Sekali jika kita membaca tajuk, sangka kita tentu penulis dan pembaca yang membaca buku ini gemarkan peperangan dan kekerasan. Namun, sebenarnya ia menggalakkan kemenangan dalam peperangan dengan menggelak perang itu sendiri. Pelik bukan?

The Art of War (TAOW) adalah buku yang ditulis oleh Sun Tzu, seorang sarjana Cina di zaman dinasti Ming. Jangan salah faham, saya juga tidak pernah membaca buku ini baik dari naskah asal (macam la pandai baca mandarin) mahupun terjemahan.

Dalam masih lagi mabuk Beijing, saya membeli buku China: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik. Dalam buku ini ada sedikit pengenalan tentang The Art of War, yang sekarang telah diterjemahkan dalam banyak bahasa dan digunapakai dalam pelbagai variasi bidang.

Dan tidak pula saya sangka, 5 hari berkampung di Shah Alam menuntut ilmu, buku TAOW dipromosi. Kata penceramah yang ultra pandai, apa pun kita buat mesti dengan strategi. Strategi itu pula mesti betul diguna masa bila, pada siapa dan berhikmah cara penyampaiannya. Akhirnya kita boleh menang perang yang kita mulakan sendiri, dengan jaya.

TAOW turut dibaca Mao Ze Dong. Dia memulakan revolusi budaya di China. Dan kemudian selepas itu China berkembang sebagai The Dragon, sedikit masa lagi menelan Amerika dan menjadi kuasa ekonomi dunia nombor satu di planet bumi.

China khabarnya negara paling pesat dan paling ramai sarjana kedoktoran. No 1 di dunia, dan berkongsi dengan India dalam kemajuan pendidikan peringkat tinggi.

Jika saya memohon biasiswa ke China, pasti diluluskan tanpa banyak soal jawab. Kuasa pendidikan telah berada di China kini, tanpa ragu.

Jadi, betullah frasa keramat ini, 'tuntutlah ilmu walau ke negeri China'.

The prophecy has been made visible.

China? Ermmmm macamana kawan-kawan?

Comments

Cikli said…
banyak yang boleh dipelajari daripada cina. walaupun cina penang.
ieka said…
China memang betul2 membuat perancangan untuk memajukan ekonominya secara pesat terutama selepas mereka membaut keputusan untuk mengamalkan dasar 'open door' versi mereka.. Kagumnya saya, ialah teknik2 yang mereka lakukan dengan mengambil 1juta rakyat yang kurang mahir/berpendapatan rendah dan meningkatkan kemahiran/pendapatan mereka dalam 2-3 tahun ke berpendapatan sederhana dan kemudian tinggi.. sekarang, mereka ambil lagi satu kumpulan 1 juta berpendapatan rendah untuk jadikan mereka the next step better.. mereka sudah merancang lakukannya sejak 10 tahun lalu.. kita? baru setahun begitu tetapi terlalu kelam kabutnya huhuuh
ASaL said…
owh tidak tahu fakta yang ini. sangat menarik.

saya juga kagum dengan industri pelancongan. bagi kami yang mengikut pakej, mereka menetapkan tempat2 wajib untuk pelancong kunjung. Tempat2 ini adalah perniagaan kerajaan, jadi dapat meningkatkan lagi sumber pendapatan kerajaan.

di Malaysia, sistem itu mungkin tak menjadi. Kerana ramai orang Melayu sakit mata tengok orang senang. Sebab mereka nak mereka je yang senang.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah