Maha Baik

Lelah. Apalagi yang boleh diadu. Meski, tiada siapa pun mahu mendengar.
Tetapi, guru-guru dan ahli hikmah di sekeliling saya mengajar, agar kita sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan.

Setiap nafas kita pun diaturNya, mustahil sakit badan menanggung dan derita hati tidak diketahuiNya.
Allah Maha Baik. Saya tahu tidak pernah sangsi.

Kebaikan Allah itu datang dari pelbagai sudut dan cabang.

Saya mahu pulang ke rumah semalam lewat sudah jam 6pm. Tapi, bila cuba menghidupkan enjin, tiada respon. Sedang saya baru sahaja tukar bateri. Kemudian baru teringat, saya bergerak awal pagi selepas subuh untuk mengejar masa jam 8am sampai ke pejabat. Itu penyebab saya lupa menutup lampu. Hari itu saya pulang ke rumah menumpang kawan dengan barang sebonet penuh.

Pagi tadi saya bingung. Kerja besar perlu disiapkan dalam tempoh 12 jam. Kereta masih tersadai.

Ya Allah itu Maha Baik. KebaikkanNya kadang dalam arah yang tidak disangka. Sebaik sampai di bilik perbincangan untuk full swing menyiapkan dokumen, ketua pejabat saya sampai. Dan entah kenapa ringan saja saya bercerita. Dia meminta kunci kereta dan meminta saya tenang kerana katanya, msegalanya akan baik.

Saya menyiapkan tugasan betul kata ketua pejabat, dengan tenang dan ikhlas. Semoga, kebimbangan saya didengar langit, dan Dia memudahkan cara.

Belum habis waktu pejabat, staf kami datang ke bilik. Katanya kereta saya sudah berjalan jauh. Alhamdulillah, ia hidup kembali.

Allah itu benar Maha Baik. Kata ahli hikmah, Dia adalah apa yang kita fikirkan.

Jazakallahu khairan katsiran. Dan kepadaNya saya memohon kebaikkan mereka yang menolong, dibalas Dia, Yang Maha Baik.

Alhamdulillah.

Comments

Cikli said…
tahniah, jernih suci terbaik.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang