Sangka

aku sangka Tuhan berdendam
kerana tidak menakdirkan
dia denganku

lalu senandung dupa melaut ditubir bibir
pinta dianugerahkan pengertian

lalu dia bersuara
masakan tidak tahu
bukankah Tuhan itu aneh
bukan tugas kita menebak pekerjaanNya
dan kau bukan Nabi
selayak dikasihi

titis air deras
dari pelupuk mata
kesedaran itu merenggut
membenam ego

aku kembali mendengar
suara dari dalam diri

Tuhan itu aneh
mengambil sesuatu dari dalam sukma
kemudian mengganti dengan
diriNya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang