Posts

Showing posts from April, 2010

Aneh-aneh: Falsafah Ikhlas

Pernah sekali saya berbual dengan rakan, tentang satu perkara penting iaitu keikhlasan. Kawan saya kata, bila di alam pekerjaan sifat ikhlas itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Kerana kita mula berkira atas setiap apa yang kita lakukan. Saya mula berfikir. Mungkin benar katanya. Dan beberapa kejadian telah memungkin tekaan beliau itu benar. Satu masa dahulu ketika berhempas pulas untuk menyambut orang kenamaan negara datang ke tempat kami, dan terpaksa bekerja siang malam pagi dan petang. Sekali pernah diminta seorang pekerja fasiliti untuk tolong membantu kami mengangkat karpet, dia memandang hairan. Kemudian dia berkata, "Berapa nak bayar?". Walhal, itu waktu bekerja dan memang itulah skop pekerjaan dia. Satu kejadian lain, ketika kami meminta bantuan pemandu untuk mengambil buku di pos pengawal di Kuantan. Bila tiba waktu petang, kami menjangkakan buku itu akan sampai di pejabat. Rupanya tiada. Untuk mengesahkan bahawa memang tidak ada penghantaran, kami menyemak semu

Sangka

aku sangka Tuhan berdendam kerana tidak menakdirkan dia denganku lalu senandung dupa melaut ditubir bibir pinta dianugerahkan pengertian lalu dia bersuara masakan tidak tahu bukankah Tuhan itu aneh bukan tugas kita menebak pekerjaanNya dan kau bukan Nabi selayak dikasihi titis air deras dari pelupuk mata kesedaran itu merenggut membenam ego aku kembali mendengar suara dari dalam diri Tuhan itu aneh mengambil sesuatu dari dalam sukma kemudian mengganti dengan diriNya sendiri.

Debu bukan biasa!

Image
Ashwa mengamati botol kecil yang hanya sebesar botol minyak wangi atar atau haruman Raudhah. Botol itu dipenuhi butiran debu. Debu yang penuh cerita. Dia memandang ke luar. Langit di Heathrow masih cerah, tapi Ashwa tidak boleh ke mana-mana. Armterdam yang menunggu, masih perlu menunggu. Sedang musim bunga sudah menjengah diri. Kincir-kincir angin perlu terus berputar tanpa Ashwa, tulip yang berkembang juga perlu mekar tanpanya. "Peduli apa kincir angin dan tulip tanpaku," Ashwa senyum sendiri. Ashwa terperangkap di sini tanpa tahu untung nasib diri. Akan dapatkah dia terbang ke Netherland ketika langit Iceland digelapkan muntahan debu? Untuk berapa lama lagi dia tidak tahu. Ashwa memandang botol. Dalam hatinya jerebu segelap langit di Eyjafjallajokull. Butir debu dalam botol itu dikutip dari dahi Farish Asytar selepas solat Asar lama dulu. Ketika Farish usai solat dan dahi dipenuhi pasir halus di tanah Taman Negara Pahang, Ashwa memandang tepat sambil menunjuk-menunjuk ke ar

Saya dan malim gunung

Image
Saya memandang puncak gunung itu. Sukar bagi saya yang tidak berkecukupan serba serbi untuk mendaki. Tinggi. Bagaimana? Tapi saya melangkah juga berdikit-dikit. Matahari nanti akan terbenam, kemudian akan menghilangkan pandangan dan jalan saya. Sementara masih pagi, saya berjalan terus. Dalam leka berjalan, seorang malim gunung berselisih jalan. Wajahnya putih bersih. Dia senyum pada saya yang dalam kepayahan dan kelelahan. Saya membalas senyum. Dibelakang malim sebuah tong gas. Dalam hati saya mahu bertanya, "Bagaimana tuan boleh membawa beban begitu berat ketika mendaki gunung?" Malim gunung memandang, "Pertama kali mendaki?" Saya mengangguk. "Kali pertama memang payah." Malim gunung menghadiahkan tongkat yang digunakan untuk mendaki. Saya ingin menolak, "tidak mengapa, saya sudah biasa dengan jalan ini. Ini guna untuk awak berjalan lebih pantas." "Terima kasih." Saya menerima tanpa ragu. "Kenapa awak mahu mendaki gunung ini?&quo

Keajaiban Zahrah Masoumah dan Salman Ali Shariati

Image
Kami mengikuti kisah adik beradik bersemangat waja, Zahrah Masoumah dan Salman Ali Shariati ini sejak 2009 lagi. Ketika mereka bertekad menawan Selat Inggeris dengan kudrat dan tenaga sendiri, iaitu dengan berenang. Saya terus kagum, bagaimana mungkin mahu menguakkan kayuhan hanya dengan kudrat dua tangan dan tubuh. Merentasi 37km lautan dalam air dingin yang sejuknya mencecah 15 darjah Celcius, dari Dover (selatan England) ke Calais (utara Perancis). Misi gila apakah ini, yang mahu dirintis oleh dua orang anak muda. Zahrah yang baru berusia 18 tahun dan Salman pelajar darjah 6. Barangkali saya sudah lupa lama dulu, Usamah juga dilantik Rasulullah menjadi Jeneral perang mengetuai batalion dalam misi ketenteraan ketika umurnya juga baru berusia 18 tahun. Masakan saya tidak menjadi lebih teruja. Zahrah itu hanyalah seorang remaja, wanita pula, dan dia tegar mengenakan jilbab penuh ketika berenang! MashaAllah. Ketika remaja distigmakan dengan pelakuan sumbang menyimpang fitrah sehingga me

Panggil

Image
Merasai hawa sejuk yang mesra hasil dari hujan yang sudi menyinggah semalam, pagi ini saya dikejutkan dengan ungkapan indah, Hati yang saling memanggil dan dipertemukan oleh takdir, masakan ia kering dengan rasa. MasyaAllah. Ini adalah ujaan bererti. Moga Kau Ya Kareem tidak mengeringkan hatiku yang dulu dibasahi dengan mata air maghfirahMu. Sahabat, terima kasih.

Gegar

Image
Minggu ini Russia bergegar. Seperti mana negara-negara besar yang lain, sekiranya ada peristiwa yang menggugat, pastinya akan dihebahkan ke seluruh dunia. Dan kita juga merasai tempias gegaran peristiwanya. Bandaraya Moscow bergegar kerana di bom. Seperti biasa yang dituding jari kepada militan. Dan gambar disebelah, adalah gambar paling popular minggu ini mengisahkan seorang balu kepada pejuang militan, namanya Abdurakhmanova yang melakukan serangan di tren bawah tanah di Moscow. Yang terbunuh sehingga kini seramai 40 orang awam dan 90 lainnya cedera. Dalam berita melaporkan pejuang Chechen mengakui serangan ini. Seperti mana berita dan disiplin kewartawanan, yang saya pelajari melalui rancangan Top Host TV3 bahawa imej itu sungguh berkuasa (powerful) seperti yang dikatakan oleh Datuk Johan Jaafar. Dan menjadikan ia lebih mempengaruhi, bila diulang-ulang, sehingga melekat pada pandangan awam. Bidang komunikasi massa boleh sahaja mempengaruhi daya berfikir orang ramai. Kerana itu s

Benarkah Akhir Zaman Itu...

Benarkah akhir zaman itu sekarang? Bila melihat tahun ini segala perubahan cuaca ekstrim belaka. Di Rusia, cuaca sejuk ekstrim telah berakhir. Malangnya bila salji mencair, ia telah mengakibatkan banjir teruk di sana. Kata orang, banjir terjadi kerana kadar salji mencair berlaku terlalu pantas. Tidak pernah belaku seperti itu. Dulu-dulu salji cair juga, tetapi dengan kadar biasa tanpa pernah mengakibatkan banjir. Di New England (US) banjir juga sekarang ini. Air naik melimpah ruah seperti yang di New Orleans lama dulu. Bila terlalu menjadi pemerhati, terasa macam filem 2012 itu macam ada benarnya. Masalah, berita hanya melaporkan kejadian, tanpa membuat kesimpulan apa-apa. Bila kita yang jahil serba serbi bertanya ingin tahu yang bijak pandai cuma menjawab, alah biasalah tu, kejadian alam. Natural event katanya. Saya juga telah menjadi orang yang ragu-ragu? Kawan saya memberi komen, kemungkinan besar kita sudah menjadi seperti umat Nabi Saleh. Saya bertanya, bagaimana tu? Ingat