Jernih


Saya baharu tahu, saya menyintai kejernihan. Ia adalah satu keadaan paling sempurna. Jika saya jadikan jernih satu perlambangan, saya akan melambangkan ia sebagai pejuang syahid.

A martyr. Seorang yang hidup untuk berkorban.

Saya kenal satu dua orang yang mempunyai hati yang jernih. Jika saya berada dekat dengan mereka, dengan mudah saja saya jatuh hati. Malah, mencintai mereka sepenuh hati hingga sanggup mati, demi.


Kenapa?

Orang yang mempunyai hati jernih, ialah orang yang hatinya penuh cinta. Dia mencintai segalanya kecuali diri sendiri. Kerana itu dia tidak pernah kisah untuk berkorban dan terkorban.

Dalam dunia ini, orang seperti itu tidak ramai. Kerana itu, jika awak pernah berjumpa awak sebenarnya telah mendapat kegembiraan separuh dunia.

Saya menyaksi, dunia fana telah menukar banyak wajah orang. Yang paling penting bagi mereka ialah diri sendiri, tembolok, lingkungan, nafsu nafsi sehingga tidak kisah menindas, memijak bahu dan kepala, malah membunuh. Mereka tidak kisah tangan mereka belumuran darah dan keringat orang, air mata tumpah kerana dianiayai, dicabuli dan diperbodohkan.

Kerana itu, bila saya berpapasan dengan mereka yang jernih ini sebelah kaki saya sudah berada dalam syurga. Mereka telah memperlihatkan saya keindahan dan membawa saya terbang ke daerah keabadian. Dan saya telah belajar erti kegembiraan dan bahagia yang hakiki.

Berjumpa mereka sahaja ada satu keberuntungan yang hebat. Apatah lagi berpeluang mengenali dan bersahabat.

Saya berdoa, agar Allah mengembirakan mereka setiap hari meski mereka dikhianati setiap masa dan waktu.

Saya berdoa agar setiap air mata mereka yang tertumpah, ditukar menjadi perisai mempertahankan di hari muka kelak.

Saya berdoa agar saya sentiasa berdoa untuk kegembiraan mereka. InsyaAllah.

Saya, mahu jadi seperti mereka. Yang jernih. Yang tiada cacat cela. Yang sempurna.

Seperti seorang syahid. Mahukah awak doakan untuk saya?



Comments

ieka said…
Terima kasih utk entry ini.. Pagi tadi terfikir2 juga tentang penat lelah yg dibuat tak berbayar, atau tidak/kurang dihargai org, atau melakukannya ibarat menambah beban galas di bahu.. apakah yang boleh dinilai? kalau ikutkan hati manusia, terasa tidak adil..tidak mendatangkan faedah buat diri (materialis?).. tidak nampak apa yg untung pada diri. tapi akhirnya saya sedar, bukan nilai pada manusia yg boleh diukur, mungkin pada Tuhan Yg Satu.. :) Moga hati saya juga menjadi jernih dgn pencerahan yg suci...
ASaL said…
saya melihat wajah mentor yang selalu dizalimi dan dikhianati padahal dia selalu shj membantu org. ikhlas dia berjuang tp orang tak nampak dan tak reti nak hargai.
satu hari dia bertanya, 'apa yang kita dapat buat segala kerja ni?"

saya ada seribu satu jawapan untuk pertanyaan dia, tetapi saya diam.

dalam diam itu, saya berdoa, agar Allah melimpahi dia dengan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

saya pasti doa saya dimakbuliNya, confirm.

dan kita eika, selalu sahaja mendapat nasib yang sama. kita akan berfikir, apakah faedahnya?

seperti kata awak, nilai pada manusia bukanlah ultimate. Ia terhad, dan biar Dia yang menentukan dengan neracaNya yang Maha adil :)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah