Rezeki itu Allah yang beri

Anak : Apa, takkanlah buka puasa hari ini nasi goreng dan sambal telur aja.
Ibu : Eish kamu ni, itu rezeki yang Allah beri bersyukurlah.
Anak : Rezeki Allah yang beri ya mak.
Ibu : Ya, sebab itu sebelum makan adalah kewajiban dan kesantunan kita sebagai hamba membaca doa atas nikmat pemberian. Tanda syukur.
Anak : Betul ke rezeki itu Allah yang beri?
Ibu : Ish, kamu ini tidak faham-faham lagi. Ya, betul, noktah.
Si anak pergi mengambil wuduk dan kembali ke bilik.
Anak : Ya Allah, Engkaulah Sang Pemberi Rezeki. Kurniakanlah kami rezeki. Bayangkan kami kalau hanya dapat makan nasi goreng dan sambal telur ibu yang belum tentu sedap, selalu sahaja ibu kami masak terlebih garam. Maka itu Ya Allah, hambaMu memohon dalam kemuliaan Ramadhan agar Engkau mengasihi kami dan mengurniakan makanan tambahan.
Jiran : Assalamualaikum Cik Yah, Cik Yah.
Ibu : Waalaikumussalam. Masuklah.
Jiran : Tak payah susah-susah. Saja nak menghulur. Ini ada bihun goreng, bubur kacang, kuih tat baru keluar dari oven lagi dan limau. Makanlah ye.
Ibu : Terima kasih, semoga murah rezeki dan digandakan pahala berlipat kali ganda.
Anak keluar dari bilik terkejut melihat hidangan lazat yang banyak tersedia di atas meja.
Anak : Mak, mak, betullah rezeki itu Allah yang beri.

Ibu memandang anak tidak faham.

Comments

Muhammad Teja said…
alhamdulillah,

bertambah-tambah keimanan anak ibu itu.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah