Kotiam Ghadir: Sembang Kedai Kopi

Siapa kata sembang kedai kopi sembang ringan tidak menggugah minda? Jika anda beranggapan demikian, bermakna anda masih belum lagi ke Kopitiam Ghadir. Malangnya, ia adalah kedai kopi di kota kecil dan terpencil. Wujudnya dari 13 - 16 Ogos 2009 sahaja. Masih berpeluang, jika berkesempatan. Untuk esok 16 Ogos ada 2 kali persembahan, pada jam 3.00pm dan juga jam 9.00 malam. Bertempat di: ITNM di Wangsa Maju.
Untuk penggemar seni, ia teater muzikal yang menghiburkan.
Untuk pengkagum wacana, ia sarat dengan hujah.
Untuk pengkarya, untuk menulis naskah teater adalah cabaran tertinggi. Apatah lagi mementaskan, dan lagi diuji dan dicabar dengan pelbagai halangan.
Untuk pengkaji dan pemikir, ia adalah satu teater yang sangat berani dan menggugah.
Berani? Anda harus ke sana untuk merasa sendiri kopi yang dibancuh di Kopitam Ghadir.

Kami, untuk teater Islami ini, ia secukup rasa! Tahniah untuk pengarah, pelakon, penggubah lagu dan lirik, dan krew produksi.
p/s: gambar di atas adalah salah seorang penduduk kota kecil terpencil yang keletihan berpuasa sikap (tidak dibenarkan bercakap selama 1 jam 30 minit dan perlu bersopan santun)
p/s2: Kawan-kawan, jika tidak pergi rugi. Perlu diingat, ini adalah pementasan, jadi jika tidak mai la, entah bila dapat peluang melihat pementasan ini.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang