Senario Iran

Iran dan Negara-negara bersempadan mendapat perhatian luar biasa dari US dan Negara-negara Eropah. Baru-baru ini setelah selesai dari pemilihan Presiden yang menyaksikan Dr Ahmadinejad kembali menjadi orang nombor satu Negara Parsi, kita diheret sekali untuk menjadi pemerhati melalui TV, youtube dan email yang masuk mencurah-curah. Di dalam kepala kita telah ada satu stigma bahawa Iran sebenarnya adalah sebuah negara autokratik. Pilihanraya hanyalah topeng yang dipakaikan untuk tunjuk kepada dunia sedangkan demokrasi yang sebenarnya tiada. Tunjuk perasaan didanai dan dimulakan oleh pencabar terkuat presiden, Mir Mousavi telah memenuhi jalan-jalan di Tehran dan kemuncaknya adalah pembunuhan seorang anak remaja perempuan yang dilaporkan dibunuh oleh tentera Basij. Keadaan semakin buruk sebelum tunjuk perasaan diharamkan oleh Supreme Leader, Ayatollah Khamenei.
Apa ada di Iran, sehingga negara yang dikenakan sekatan ekonomi sejak sekian lama mendapat liputan luar biasa? Bukankah ia sepatutnya diisolasi oleh dunia sementelah Iran telah dipakaikan sebagai paksi jahat oleh negara-negara Barat. Mengapa Iran diusik semula?
Ya, Iran ada sejarah yang panjang. Dan keruntuhan kerajaan boneka Shah Iran oleh seorang tradisionalis agamawan Ayatollah Khomeini telah merobek ego Barat dan telah menyimpan dendam yang membara. Seperti mana Barat yang terus menerus berdendam dengan Islam sejak dari Perang Salib, mereka tidak pernah berdiam. Meski mereka telah mengumumkan pada dunia yang mereka telah membebaskan Jususalem, masih lagi tidak puas hati. Selagi negara-negara strategik di sekitar Teluk Parsi tidak tunduk di bawah telunjuk mereka.
Apa ada di Iran? Di Iran ada minyak. Minyak dan politik, seperti aur dan tebing tidak boleh dipisahkan.
1980 – 1989: Perang Iraq-Iran
1990 – 1991: Perang Teluk
2003: Penaklukan Iraq oleh US
Kesemua drama dan konflik perang zaman mutaakhir terjadi di benua ini. Secara geologi, minyak terdapat bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Di Malaysia, Indonesia,Brunei, kita dilimpahkan dengan rezeki yang mewah ini. Di Alaska, di Teluk Mexico, Venuzuela dan di US sendiri. Tetapi lain di Teluk Parsi. Lebih 50% simpanan minyak dunia terletak di benua ini. Yang menariknya, Teluk Parsi tidak dikenali sebagai pengeluar minyak sebelum Perang Dunia Kedua. Selepas perang, Eropah Barat dan Jepun bergantung penuh kepada minyak di teluk ini. Amerika juga terpaksa mengimport tetapi mereka lebih fokus dengan bekalan dari Teluk Mexico dan Venezuela. Kenapa begitu banyak minyak di Teluk Parsi?
Untuk memahaminya, kita perlu meneliti geografi zaman lampau, lama sebelum kita mengenal geografi zaman ini. Pembentukan bermula di zaman Mesozoic dan Cenozoic seperti gambar di sebelah. Pada masa ini di mana kebanyakkan petroleum terbentuk, Teluk Parsi adalah sebuah dataran dikelilingi lautan menganjur dari bahagian timur Afrika. Sempadan benua ini (Teluk Parsi) terletak berdekatan dengan equator di mana sejumlah besar microorganisma hidup di permukaan air. Lama kelamaan organisma ini mati, dikumpulkan dan akhirnya tertanam yang membolehkan proses pembentukan petroleum dan lapisan sumber minyak terbentuk.

Kemudian berlaku perubahan bumi sekali lagi memisahkan Laut Merah dan Teluk Eden yang menyaksikan dataran Arab bergerak menjauhi Afrika ke arah timur laut dan bertembung dengan Iran (seperti gambar 2).
Ketika berlaku pertembungan dataran Arab dan Parsi, haba akibat perlanggaran ini memecahkan molekul dan menyebabkan pembentukan petroleum. Pergerakan Dataran Arab ke timur laut menyebabkan petroleum yang baru terbentuk berhijrah ke atas di sekeliling dataran Arab. Proses pertembungan yang berterusan ini membentuk takungan untuk petroleum mendap, menyebabkan kawasan ini sebagai zon terbesar yang menghasilkan minyak.
Nah, adakah kita menyangka bahawa pembetukan ini terjadi dengan sendiri tanpa perencanaan yang teliti? Perlu diingat pergerakan dataran untuk satu-satu zaman berlangsung puluhan juta tahun. Mengapa Arab dan Parsi mewarisi harta paling berharga ini? Siapakah yang mengunakan keistimewaan harta galian bumi ini atas dasar amanah, siapa pula yang telah berlaku khianat? Tidaklah Tuhan ciptaan kejadiaan yang begitu hebat ini tanpa perancangan strategik. Yang kita tahu, minyak dan sumbernya secara magis kebanyakkannya dibentuk di negara-negara Islam. Inilah kekuatan yang patut umat Islam bangunkan, untuk memperkuatkan Islam bukan untuk berlaku sebaliknya. Menjadi pengkhianat dan curang kepada saudara seagama sendiri.
Ada isu lain mungkin, yang terlindung disebalik tamakkan emas hitam di dasar laut di sekitar perairan Arab dan Iran. Yang mereka takuti dan cuba elakkan. Yang akan menyerlahkan mereka (US dan sekutu) adalah bangsa khianat terhadap Tuhan Yang Esa. Yang kita umat Islam sendiri pun terlupa kerana sibuk atas urusan dunia.
Rahsianya ialah seperti yang dijanjikan dalam hadith dengan munculnya gerakan panji hitam yang akan membebaskan Al Quds. Bendera ini akan dibawa oleh segolongan umat Islam yang bertaat setia, mengikhlaskan diri dan penuh jihad, datangnya dari daerah Khorasan. Dimanakah Khorasan? Ya dimanakah sebenarnya Khorasan seperti yang diceritakan di dalam hadith?

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang