Orang muda yang pendek umurnya

Kata Ustaz orang yang baik lekas sangat dipanggil pulang. Kadang-kadang saya fikir betul juga kata Ustaz itu.

Profesor saya yang begitu baik dan sangat besar impaknya dalam membentuk ramai pelajar meninggal dunia pada usia 50 tahun.

Kemudian Ustaz bercerita, Umar ibn Aziz hanya berumur 38 tahun bila dijemput pulang.

Sarjana Muslim-intelektual seperti Ibn Sina juga tidak sampai umur 55 tahun hidup di dunia. Dan ramai juga yang lain mempunyai takdir hidup yang sama.

Saya tahu Fatimah anak perempuan kesayangan Nabi juga meninggal dunia ketika usia masih muda metah. 28 tahun. Meninggalkan anak-anak yang masih kecil yang masih perlukan kasih sayang ibu.

Saudara-saudara saya juga ramai mati di usia muda, dan mereka adalah orang yang terpuji akhlaknya. Saya lega.
Saya rasa saya juga akan redha jika tidak berusia panjang, mudah-mudahan seperti kata Ustaz akan tergolong dalam golongan yang baik-baik.

Jika ditakdirkan berusia panjang saya juga akan redha, dengan harapan usia yang ditangguh itu membawa berkat berpanjangan, di dunia hingga sampai di akhirat. InsyaAllah.

Dalam musim wabak ini, ramai orang muda menemui ajalnya. Hari ini catatan menunjukkan angka 5 kematian di Malaysia. Seperti entri sebelum ini, jika mereka menahan diri tidak keluar untuk menyelamatkan masyarakat, mereka akan diganjari syahid. Syahid pasti golongan yang baik, malah yang terbaik.

Hari ini saya umur dipanjangkan lagi. Hati rasa mendesak mahu memohon maaf. Maaf kawan-kawan dan ahli keluarga jika saya ada membuat salah laku. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Manalah tahu....kerana kita sendiri tidak tahu bila waktu sampainya ajal.

Maaf kawan-kawan. Sumimasen.


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang