Michael Jackson: Satu Penghormatan

Ustaz Rashid (salah seorang Ustaz di tempat saya) memberi komen lewat berita pengIslaman Michael Jackson awal tahun ini,
“Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”.
Ustaz Rashid dari jalur falsafah. Saya boleh faham kenapa dalam banyak sesi ceramah Ustaz Rashid mengambil pendekatan hikmah. Itulah yang ahli falsafah biasa lakukan. Intipati ceramah Ustaz yang itu, saya setuju sepenuhnya.


Kenapa Michael Jackson boleh menjadi sebahagian dari cerita Ustaz ketika berceramah dalam siri Rabbi Dzidni I’lman? I’lman sangatkah Michael Jackson ini? Samada ia mempunyai nilai ilmu atau tidak, bagi saya Michael adalah ikon popular, yang sangat popular yang tidak boleh ditolak meski yang berbicara seorang Ustaz atau akademia sekalipun.

Saya lambat terkesan dengan berita-berita besar, sebagai contoh berita pemergian Michael. Meski berita besar yang melibatkan diri sendiri pun lambat merasa tempias pedih dan peritnya. Dan cerita Michael kembali ke alam barzakh Jumaat lalu, hari ini baru saya kesani kehilangannya.

Ya, abang-abang saya membesar dengan Michael, kerana itu saya juga turut membesar dalam lingkungan popular yang saudara saya import ke rumah. Kenali dia bermula dari Billy Jean dan Beat It!. Kemudian Thriller yang menjulang Michael di puncak dunia. Siri karyanya yang lain, Bad, Dangerous, Heal the World, Black and White, We Are the World, Earth Song dan banyak lagi. Dia telah merubah landskap muzik dunia, menjadikan set muzik (arrangement) dan persembahan pentas satu standard yang tidak akan dicapai oleh orang lain.

Sebutkan siapa artis popular dunia yang dapat menyamai Michael Jackson. Britney Spears tidak mampu. Rihanna, Jay Z, Eminem? Senaraikan artis band dunia yang menjadi kegilaan remaja, Linkin Park (walau sudah suam-suam kuku), My Chemical Romance, Justin Timberlake, Simple Plan, Green Day, Cold Play, Jason Mraz, Maroon 5, Hoobanstank apa sahaja. Mereka tidak mampu mencapai separuh dari kemasyhuran Michael Jackson.

Antara muzik dan lirik yang dibawa Michael adalah universal dan selalu menyentuh. Persembahan tentang peperangan, tentang kelaparan separuh masyarakat dunia, tentang ketidaksamaan layanan atas alasan berbeza warna kulit, kemusnahan alam sekitar, ia adalah ideal universal yang diterima sejagat. Ini ditambah dengan video klip yang mengiringi lagu-lagu Michael menjadi satu standard baru untuk semua pembikin klip video (MTV).


Dalam perbualan yang lain, ada yang beranggapan bahawa fenomena yang dibawa Michael, menyamai The Beetle dan Cat Steven. Saya tidak hidup di zaman Beetle dan Cat Steven, tetapi melalui cerita-cerita, apa yang dikecapi Michael sambutan di seluruh dunia adalah seperti itu. Begitu, dan saya percaya. Kerana itu apabila Cat Steven menukar namanya ke Yusuf Islam, ia adalah tamparan hebat kepada dunia. Islam telah disebarkan lebih meluas di bumi Eropah. Kini deretan pemain bolasepak terkemuka dunia turut berada di dalam kem yang sama dengan Yusuf Islam. Anelka sebagai contoh.

Kini Michael menukar namanya menjadi Mikaeel. Saya mereka teori konspirasi. Kematian Michael adalah misteri kerana didapati ubat yang dikawal selia dengan ketat yang hanya didapati di hospital banyak ada di kediaman Mikaeel. Ajalnya memang sudah tentu sampai hukum, tetapi adakah ia bebas dari perancangan orang yang dengki?

Saya bersyukur, akhirnya berita menyiarkan Mikaeel berhasrat untuk dikebumikan cara Islam. Seminggu desas-desus tersebar luas di dunia mempertikai agama Mikaeel meski saya yakin dia Islam, tetapi tidak untuk kebanyakkan orang. Saya berdoa untuk Mikaeel, ya saya berdoa untuknya walau apa sahaja misteri dan keanehan yang telah mewarnai hidupnya. Bukankah,
“Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”.

Lama sebelum berita Michael kembali kepada Islam dipenghujung 2008 yang lalu, telah pun keluar desas desus yang sama. Pada waktu itu lagu-lagu yang berkumandang Our World, Mountain of Makkah, Allah Know’s (duet bersama Dawud Warnsby Ali-dikatakan antara orang yang menjadi saksi keIslaman Mikaeel) dikatakan dinyanyikan oleh Michael. Padahal itu adalah suara Zain Bikha yang bernaung di bawah label Jamal Record (milik Yusuf Islam). Zain Bikha mempunyai ton suara yang sama dengan Michael. Dan jika sekarang kita dengarkan nasyid-nasyid Zain Bikha memang ada iras. Tidak hairan kalau orang tersilap. Saya berpendapat di situlah mulanya doa dunia kepada Michael. Doa agar orang semahsyur dan popular seperti Michael mendapat hidayah kemudian kembali kepada fitrah. Popular Michael tidak satupun di punyai oleh mana-mana orang Islam di seluruh dunia, apa akan jadi jika benar Michael memeluk Islam? Bukankah itu satu tamparan kepada puak kapitalis dan materialis?

Kenapa dulu mereka mengagungkan Michael?

Saya sendiri berkonspirasi. Ini adalah kerja tangan segala isme yang ingin memisahkan manusia dari memikirkan apakah sebenarnya hakikat kehidupan. Kerana itu mereka perlu wujudkan satu ikon popular yang diterima seluruh dunia. Ikon itu akan mempamirkan keseronokkan yang ultimat dari kehidupan dunia. Mewah, kaya, popular, berpengaruh dan bejat nilai. Ia akan menjadi kiblat manusia lain, dari segi bagaimana dunia ini perlu dipandang dan diwarisi. Mereka memilih Michael. Kerana itu mereka memobilasi kekuatan media untuk mengangkat Michael sebagai ikon popular. Dan popular Michael bukan hanya berpijak di US, ia disebar luaskan ke seluruh dunia. Untuk setiap yang hidup dan bernafas melihat Michael sebagai simbol kejayaan dan hidup.

Saya katakan pada rakan, di akhir zaman ini Dajjal (D) dan konco-konconya tidak akan berada di atas muka bumi untuk menyesatkan orang Islam sahaja. Mereka, D dan konco-konco akan berusaha untuk menyesatkan sekalian yang bernafas di muka bumi. Itu mahu mereka. Kerana itu saya menjumpai hadith maksud (lebih kurang), ‘untuk setiap 1000 orang di akhir zaman, hanya seorang yang kekal beriman’ (mohon dibetulkan kalau salah).

Saya geram betul. Kerana D dan rakan-rakan telah menjadikan dunia ini secara umumnya bermata satu. Hanya dapat melihat yang terbentang fizikal, tetapi tidak memahami apa tujuan sebenar kehidupan seperti yang diwarisi melalui kitab-kitab wahyu. Disinilah peranan konco-konco D yang bersifat mengong yang mengeluarkan falsafah mengong (melalui Freud, Voltaire, Descartes, Locke). Newton yang diagungkan sebagai pelopor sains juga saya kategorikan sebagai mengong. Kerana mereka inilah yang membawa faham kebenaran hanya terhad pada yang boleh diuji dengan rasional melalui kaedah matematik dan saintifik. Dan yang lebih mengong keluar dari Voltair yang membuat kesimpulan semua agama wahyu was nothing but absurd imposition upon the ignorant.

Tetapi, mungkin, pemergian Mikaeel mengandungi hikmah yang banyak. Dunia telah tahu bahawa memang benar Michael Islam dan dia mewasiatkan supaya dikebumikan dengan cara fitrah. Dari tanah kita datang dari tanah kita dikembalikan. Dengan penemuan wasiat terakhir Mikaeel, seluruh media telah pun menutup pintu dari melaporkan berita Michael sebagai berita utama. Hairan bukan? Apa yang boleh dibuat oleh orang yang telah mati?

Media yang dulu menatang Michael bagai minyak yang penuh, kalau boleh mahu mencampakkannya ke api. Agar terbakar semuanya hingga tidak ada lagi boleh dibakar. Agar orang tidak bertanya lagi tentang agamanya, kenapa dia mahu masuk Islam, apa lebihnya Islam dan lagi dan lagi dan lagi.

Ya sedih, saya sedih. Ya saya mensedekahkan padanya Al Fatihah. Kata Ustaz,

“Kadang-kadang tidak perlu tahu sangat bagaimana mulanya, kerana yang lebih penting ialah bagaimana akhirnya kita”.

Hari ini, saya percaya Mikaeel menjumpai jalan terbaik di penghujung cerita hidupnya. InsyaAllah. Who are we to judge? Saya berdoa yang baik-baik, moga berita Mikaeel yang disahkan keIslamannya tersebar keseluruh dunia, seperti mana kemasyhurannya dulu. Dan ia akan memberi impak yang baik kepada sejagat. InsyaAllah, insyaAllah.

Comments

zaza said…
yup..kupasan yang menarik, as. Tadi..uztaz pon ada cakap pasal berita kematian Jacko ni..Ada rasa bangga kerana akhirnya dia pilih Islam sebagai jalan hidupnya. Allah bukakan pintu hatinya untuk menemui hiburan yang hakiki (islam ).So, kita yang mmg dah Islam secara keturunan nih.. perlulah berpegang pada ajaran Islam. Kata uztaz lagi,ada hikmah disebalik kejadian ini. Dalam jutaan peminat Jacko ni.. semoga ada yang memeluk Islam (bagi mereka yang fikir & kaji..kenapa raja Pop yang termashur..ada segala2nya..tapi masih tidak temui ketenangan..Akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidup.) Yup..betul..bagaimana mula,,itu tidak penting..berbanding..bagaimana akhirnya hidup kite ini..;-)

wallahualam..
Al-fatehah..buat Mikaeel...

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah