Bunga dalam Pantun

Lelah memerhati senario politik, mari kita melenggok dengan pantun Melayu. Rupanya, khazanah kesenian dalam pantun, cantik dihiasi bunga-bungaan yang tumbuh dan fauna melata di tanah ini, tanah Melayu. Seperti ini:

Terbang burung dari selatan
Dipuput angin sangga bayu
Bukalah surat dari lipatan
Lihatlah pantun bahasa Melayu

Bunga tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana tuan saya ke mari

Anak punai hutan
Di pokok ara tinggi
Kunyah-kunyah telan
Datuk tak ada gigi

Comments

seronok saya bagi makan ikan kap kat sebelah tu.

:)
ASaL said…
terima kasih. kesian ikan selalu kena tinggal, kerana itu juga kurang diberi makan. :p

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah