Mari Mengira

Jika dilihat dengan liputan media internet, Malaysia dihidangkan banyak dengan fakta angka-angka. Diberitakan Petronas mendapat keuntungan sehingga berbillion ringgit. Ada yang melaporkan sehingga RM100 billion. Dan saya rakyat marhaen yang tidak berapa reti mengenai duit berjuta-juta dan billion ringgit memikirkan, berapa banyak sebenarnya duit yang ada di syarikat milik negara itu.
Yang saya belajar adalah mengenai pembentukan bumi dan galaksi. Umum tahu dalam masyarakat saintifik dan celik membaca, galaksi terbentuk dari proses yang dinamakan orang Barat sebagai Teori Big Bang. Sedang dalam Quran, Big Bang telah ditulis lebih 1400 tahun yang lalu di Surah Al Anbiya':30.
Bagaimana bumi dan galaksi terbentuk? Bermula dari letupan tersebut kemudian perlahan-lahan membentuk graviti secara gugusan-gugusan tersendiri, dan membentuk planet-planet yang kita kenal hari ini. Dan melalui proses serentak, matahari pun terbentuk dan menjadi sumber kepada segala kehidupan. Tahu dari awal proses sehingga bumi yang ada ini berapa lama tempoh pembentukkannya? Cuma 4.6 billion tahun.
Owh, rupanya syarikat petroleum negara mempunyai untung lebih banyak dari tempoh bumi dan galaksi terbentuk (dari segi hintungan angkanya). Banyak tu!

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang