Beri makan pada....


Semalam my friend beri satu hipotesis yg baik, mungkin sangat baik. Kenapa banyak orang yang frust bercinta kadang-kadang jalan escapism mereka ialah makan. Kata dia, sebenarnya kita manusia punya pelbagai elemen. Tapi bagi orang yg frust bercinta tu cuma dapat identify elemen fizikal dia sahaja utk dia isi kekosongan itu. Jadi dia makan. Kalaulah dia dapat discover yang dia punya element lain sebagai contoh, spritual (roh/soul), intelektual dan seni, mungkin dia akan cari jalan lain utk ubati kekecewaan dia. Despite makan, kita mungkin boleh mencari jalan damai dengan mendekati Allah atau boleh sahaja baca buku ilmiah. Mungkin. Setakat hipotesis yang mungkin berguna.
Pernah tak satu masa, bila dok sorang2 kemudian kita refleks cam ada jer tak kena, kadang-kadang rasa kosong tiba2. Cari kat mana tak kena pun tak jumpa. Mungkin masa itu ada elemen kita yang tak cukup makan. Kesian dia, lapar.
Mungkin lepas ni, dari dok nak fikir cam ne nak kenyangkan fizikal, kenalah juga fikir2 macamana nak bagi makan elemen kita yang lain2 tu...........

Comments

Anonymous said…
Yeah..

remember that my story about my friend of friend who has eaten the soap in the middle of night??

warghhhhhhhhhhh!!!

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang